Selasa, 15 Januari 2013

Pola baju kurung riau /pahang




Saya terjumpa gambar lama yang pernah saya masukkan di dalam blog lama. Kini saya update semula Pola Baju Riau/Pahang. Jika ada kelainan, saya minta maaf. Ini apa yang biasa saya buat untuk baju sendiri.. Jika ada kesilapan, kekurangan sila tinggalkan komen supaya boleh ditambahbaikan. Terima kasih.

Badan & tangan baju:
a-b = ukuran bahu/2
b-c = labuh tangan
c-d = ukur lilit tangan/2
b-e = keliling ketiak * bahagikan kepada 2 dan tandakan. buang 1/2  inci
a-k = Labuh baju

Bahagian kekek:
e-f  = 5.25 inci hingga 6 inci *ikut saiz badan
e-g = 6 inci @ 7 inci
g-h = lebar 2 inci @ 3 inci ikut saiz dan potong menyerong sebanyak 1/2 inci ke atas

Pesak :
j-i = jika suka beralun, lebarkan sikit.. @ ikut selera ya..

**tepi baju antara cantuman pesak tu saya potong serong sikit 1 inci. Tak nak buat pun tak pe..**
** bawah pesak tu posong serong 1/2 inci supaya nanti cantik jatuhnya…**

Salah satu baju yang saya jahit untuk Aidilfitri 2012.

1 ulasan:

  1. tq dapat membantu sya untuk mempelajari ilmu jahitan pakaian wanita

    BalasPadam